Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Tapi..aku pelik la ngan budak2 zaman sekarang,kebanyakan remaja sekarang lebih utamakan perasaan sendiri darpada jaga hati seorang insan bergelar IBU,. Malah,ada yang sampai lari dari rumah kalau tak se'join' dgn ibu mereka.. Bukan tu je,banyak lagi kes macam buat ibu yang da berumur macam org gaji dorang..Padahal kebanyakannya bekerjaya dan mungkin mampu nak ambil org gaji..alih2 ibu jugak yang dorang nak jadikan org gaji,maklum la tak kena bayar kan..tapi pernah ke fkir hati seorang ibu..kalau lah kita bagi dia 'bersara' drpd buat keje rumah,& keje yang memenatkan,rasa nya dorang ada ruang nak rehat dan kita pulak yang boleh jaga dia..Time dia hidup lah kit nak berbakti pada dia..Jangan pulak dikeji dan dihina orang tua kita..Benar lah kata pujangga,ibu seorang boleh jaga anak 10 orang,tapi anak yang 10 orang tu tak semestinya boleh jaga ibu yang sorang..Aku bercerita ni berdasarkan apa yang jadi depan mata aku..Aku jadi taku bila tengik orang tu keji2 ibu dia..Lupakah dia bahawa SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.
Terlintas di benak hati aku,kalau la aku kat tempat orang tu,,takut nya aku memikirkan azab yang akan aku terima andai mengguris hati seorang insan bergelar ibu...Bagaimana kalau dia mati tanpa memohon keampunan dari ibunya?? Sangat seksa azab yang bakal diterima kelak..
Sesungguhnya anak yang derhaka itu sgt seksa azabnya dan tergolong dalam dosa besar..
Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar? Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!” Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa(perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.
Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta. Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
Ini jelas sebagaimana firman Allah,yang bermaksud: �...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan ah, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.� (Surah al-Isra�, ayat 23).
Balasan terhadap kesalahan menderhaka terhadap ibu bapa akan dirasakan ketika di dunia lagi.
Sabda Nabi, yang bermaksud:
Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)
Jadi..berfikir lah sebelum menuturkan kata2..sekali hati ibu terguris,sukar untuk diubati sama seperti menjaga hati kita...Jaga lah ibu mu selagi hayat nya..Jangan menyesal kerana tidak sempat berbakti pada kedua orang tuamu..
Sekian ,,wassalam
No comments:
Post a Comment